Monday, June 21, 2010

Service Package for Sedan Car -->> Engine Oil + Oil Filter + Free Battery Water = RM115


Engine oil : Pennzoil Platinum (Semi Synthetic) SAE 10W-40
Change interval : 7000 km
Application : for excellent engine performance & protection
Oil filter : original

Service Package for Sedan Car -->> Engine Oil + Oil Filter + Free Battery Water = RM70


Engine oil : Castrol GTX (mineral) SAE 20W-50
Change interval : 5000 km
Application : for normal driving condition
Oil filter : original

Service Package for Sedan Car -->> Engine Oil + Oil Filter + Free Battery Water = RM70


Engine oil : Pennzoil MGMO (mineral) SAE 20W-50
Change interval : 5000 km
Application : suitable for high mileage engine
Oil filter : original

Service Package for K-Car (Kancil, Kelisa, Kenari, Viva) -->> Engine Oil + Oil Filter + Free Battery Water = RM68


Engine oil : Shell Helix HX5 (mineral) SAE 10W-30
Change interval: 5000 km
Application: for normal driving condition
Oil filter : original

Wednesday, May 26, 2010

Tips Asas Penjagaan Kereta...


Perhatikan tayar dan pastikan cukup angin. Tiada benda pelik melekat di bahagian tayar atau mana-mana bahagian kereta. Jika tayar anda selalu kehilangan tekanan angin bermakna kemungkinan besar paku telah tertembus pada tayar anda. Kenapa tayar kereta tidak pancit terus dan hanya hilang angin sedikit demi sedikit? Ini kerana tayar kereta menggunakan teknologi tubeless iaitu tanpa tiub dan angin akan masih berada di dalam tayar walaupun tertusuk paku. Selalunya paku berada di bahagian tepi jalan yang ditabur oleh TAUKEY TIUB yang target untuk memancitkan tayar penunggang motor. Oleh itu, jika memandu, janganlah terlalu ke kiri. Lagipun lorong di kiri adalah untuk penunggang motor, basikal dan pejalan kaki.

Sebelum memulakan perjalanan, hidupkan enjin dan tunggu sehingga enjin melahu pada kadar RPM yang normal kemudian baru jalan. Sebelum hidupkan enjin, onkan suis dan tunggu apa-apa lampu yang sepatutnya padam sebelum enjin hidup. Dengan cara ini, enjin anda akan lebih berkuasa di jalan dan menjimatkan minyak serta tahan lebih lama.




Seminggu sekali kalau boleh, periksa lampu brek ketiga dan semua lampu brek. Pastikan ia berfungsi. Buka bonet enjin, buka penutup bateri dan periksa air bateri. Pastikan ianya berada pada aras antara minimum dan maksimum. Buka penutup minyak brek (botol besar dekat body di hadapan pemandu dalam bonet enjin), pastikan minyaknya mencukupi. Cari tolok pemeriksa minyak enjin. Untuk kereta Kancil ia ada di bahagian depan berdekatan dengan belt yang bergerak bila enjin hidup (pemegang warna kuning). Cabut dan lapkan minyak di tolok tersebut dan kemudian masukkan kembali tolok itu. Kira sampai lima dan cabut kembali. Minyak mesti berada pada aras di antara minimum dan maksimum. Jika di bawah daripada minimum, masukkan sedikit minyak enjin sehingga ke paras yang dikatakan tadi. Untuk kereta auto, cari tolok yang lebih kurang sama bentuknya tetapi berada di sebelah yang bertentangan dengan tolok yang pertama (untuk periksa minyak gear box). Lakukan perkara yang sama seperti yang pertama.


Sebulan sekali, pergi ke stesen minyak dan periksa tekanan tayar. Tekanan yang sesuai ada di catatkan di bahagian dalam tiang B (tiang antara pintu depan dan belakang) sebelah pemandu. Periksa juga tekanan tayar simpanan. Setiap 3 bulan (kalau setiap hari guna kereta untuk ke tempat kerja) pergi ke kedai tayar dan rotate tayar mengikut aturan yang sesuai. Jika tayar anda sudah hampir botak, pergi ke kedai tayar dan tukar secepat mungkin. Tayar depan lebih penting kerana kawalan kereta bergantung padanya. Untuk memeriksa harga tayar, anda boleh tengok di laman web lelong.com.my atau pergi sahaja ke kedai tayar buat survey dulu dan baru tukar. Jangan sampai kena tipu terbeli tayar celup.

Setiap 5,000 km pergi ke workshop, tukar minyak enjin (jika gunakan minyak biasa), tukar penapis minyak (oil filter) setiap 2 kali tukar minyak enjin dan tukar spark plug setiap 3 kali menukar minyak enjin. Jika kereta model lama (contoh Kancil 660 sehingga 1996) yang menggunakan sistem contact point, suruh mekanik membersihkan contact point itu setiap 3 kali menukar minyak enjin dan tukar setiap 9 kali menukar minyak enjin.



Digalakkan setiap bulan anda hantar kereta anda ke kedai cuci kereta atau car wash. Ini penting bagi memastikan semua tempat dalam kereta anda bersih dan kereta anda lambat nampak buruk ditelan masa.
Sayangi kereta anda, jaga kereta anda...

Tips Penjagaan Radiator...


Salah satu komponen yang mudah dilihat di bahagian enjin kereta ialah sistem penyejuk enjin atau dikenali sebagai radiator. Tugas utama sistem berkenaan ialah untuk meminimumkan suhu panas enjin ketika berfungsi kerana tanpa sistem itu, kemungkinan enjin mudah terbakar.

Kegagalan radiator berfungsi dengan sempurna menyebabkan enjin menjadi terlalu panas sehingga menyebabkan beberapa komponen gagal melakukan tugas dengan baik. Sebagai pemilik kenderaan, mereka perlu memastikan paras air dalam tangki radiator mencukupi sebelum memulakan perjalanan, sama seperti memeriksa tahap minyak pelincir.

Kebanyakan radiator dipasang di bahagian depan enjin atau lebih tepat di belakang grill kerana kedudukan itu terbukti sesuai untuk menyejukkan enjin dengan tolakan angin ketika kenderaan bergerak. Bagaimanapun, ada sesetengah model kereta menempatkan radiatornya di sebelah enjin sama ada kiri atau kanan. Sistem itu dianggap kurang berkesan tetapi angin masih mampu mengalir di sebelah jaring radiator berbanding jenis yang dipasang di bahagian depan enjin.

Radiator mengandungi tiga bahagian penting iaitu tangki atas, sirip penyejuk dan tangki bawah. Sirip penyejuk pula mempunyai ratusan lubang kecil yang berfungsi sebagai salur air yang mengalir dari atas ke bawah tangki, mengikut pusingan pam air pada bahagian enjin. Setiap kali air mengalir melaui sirip penyejuk itu, ia akan menghasilkan air sejuk dengan bantuan angin ketika kereta bergerak dan juga kipas radiator.

Sesetengah kenderaan pula menggunakan radiator jenis pengaliran melintang (crossflow), sistem yang dianggap memberi manfaat kepada enjin kenderaan berat.

Cara radiator berfungsi ialah menerusi pusingan air dari tangki atas melalui sirip penyejuk dan turun ke tangki bawah seterusnya akan mengalir masuk ke liang penyejuk enjin. Kegagalan pusingan itu berfungsi dengan normal akan menyebabkan enjin menjadi terlalu panas. Lazimnya, ada beberapa sebab masalah itu berlaku, antaranya tangki tersumbat oleh kepingan logam atau tangki berkarat kerana jarang dicuci.

Oleh itu, pemilik kereta dinasihatkan mencuci tangki radiator dari semasa ke semasa bagi mengelakkan saluran air radiator menjadi karat. Karat bukan saja menyebabkan pengaliran air dari bahagian tangki ke bahagian enjin tersumbat, malah boleh berlaku kebocoran sama ada pada tangki itu sendiri atau pada dua tiub getah yang disambungkan ke tangki berkenaan.

Untuk mengelak perkara itu berlaku, salah satu cara mengelak tangki dimamah karat ialah dengan mencampurkan air dengan kimia yang disyorkan di kedai aksesori. Sesetengah pemilik kereta mencampurkan bahan penyejuk (coolant) ke tangki untuk mengurangkan suhu panas ketika enjin bergerak.

Kebanyakan kenderaan model terbaru kini menyediakan tangki air simpanan yang diletakkan bersebelahan dan pemilik tidak perlu lagi membuka penutup radiator. Ia berfungsi sebagai air simpanan untuk menampung bekalan air ketika tangki utama kekurangan air.

Kebanyakan radiator diperbuat daripada logam, tetapi ada sesetengahnya diperbuat daripada logam tahan karat. Untuk mengelakkan karat, pemilik dinasihatkan supaya menggunakan air mineral untuk menambah kandungan air dalam tangki air simpanan radiator.

Ini kerana air paip dipercayai boleh menyebabkan karat dalam tempoh beberapa tahun manakala air mineral yang dijual di kebanyakan kedai adalah air semula jadi yang lebih bersih dan bebas daripada pencemaran.

Waja 1.6 - Front Brake Pad + Installation = RM105

Brand : Trestor
Type : Metallic (performance type) - better than OEM brake pad

Kelisa - Front Brake Pad + Installation =RM75

Brand : Trestor
Type : Metallic (performance type) - better than OEM brake pad

Wira 1.3 / 1.5 - Front Shock Absorber + Installation = RM375

Brand: APM (OEM)
Type: Gas

Wira 1.3 / 1.5 - Rear Shock Absorber + Installation = RM230

Brand : APM (OEM)
Type : Gas

Waja 1.6 MMC - Belting Set + Installation = RM93

Belting Set: 2 pcs (alternator & power steering + aircond compressor)
Brand: Bando

Wira 1.3 / 1.5 - Belting Set + Installation = RM70

Belting Set : 3 pcs (aircond compressor, power steering & alternator)
Brand : Bando