Wednesday, May 26, 2010

Tips Asas Penjagaan Kereta...


Perhatikan tayar dan pastikan cukup angin. Tiada benda pelik melekat di bahagian tayar atau mana-mana bahagian kereta. Jika tayar anda selalu kehilangan tekanan angin bermakna kemungkinan besar paku telah tertembus pada tayar anda. Kenapa tayar kereta tidak pancit terus dan hanya hilang angin sedikit demi sedikit? Ini kerana tayar kereta menggunakan teknologi tubeless iaitu tanpa tiub dan angin akan masih berada di dalam tayar walaupun tertusuk paku. Selalunya paku berada di bahagian tepi jalan yang ditabur oleh TAUKEY TIUB yang target untuk memancitkan tayar penunggang motor. Oleh itu, jika memandu, janganlah terlalu ke kiri. Lagipun lorong di kiri adalah untuk penunggang motor, basikal dan pejalan kaki.

Sebelum memulakan perjalanan, hidupkan enjin dan tunggu sehingga enjin melahu pada kadar RPM yang normal kemudian baru jalan. Sebelum hidupkan enjin, onkan suis dan tunggu apa-apa lampu yang sepatutnya padam sebelum enjin hidup. Dengan cara ini, enjin anda akan lebih berkuasa di jalan dan menjimatkan minyak serta tahan lebih lama.




Seminggu sekali kalau boleh, periksa lampu brek ketiga dan semua lampu brek. Pastikan ia berfungsi. Buka bonet enjin, buka penutup bateri dan periksa air bateri. Pastikan ianya berada pada aras antara minimum dan maksimum. Buka penutup minyak brek (botol besar dekat body di hadapan pemandu dalam bonet enjin), pastikan minyaknya mencukupi. Cari tolok pemeriksa minyak enjin. Untuk kereta Kancil ia ada di bahagian depan berdekatan dengan belt yang bergerak bila enjin hidup (pemegang warna kuning). Cabut dan lapkan minyak di tolok tersebut dan kemudian masukkan kembali tolok itu. Kira sampai lima dan cabut kembali. Minyak mesti berada pada aras di antara minimum dan maksimum. Jika di bawah daripada minimum, masukkan sedikit minyak enjin sehingga ke paras yang dikatakan tadi. Untuk kereta auto, cari tolok yang lebih kurang sama bentuknya tetapi berada di sebelah yang bertentangan dengan tolok yang pertama (untuk periksa minyak gear box). Lakukan perkara yang sama seperti yang pertama.


Sebulan sekali, pergi ke stesen minyak dan periksa tekanan tayar. Tekanan yang sesuai ada di catatkan di bahagian dalam tiang B (tiang antara pintu depan dan belakang) sebelah pemandu. Periksa juga tekanan tayar simpanan. Setiap 3 bulan (kalau setiap hari guna kereta untuk ke tempat kerja) pergi ke kedai tayar dan rotate tayar mengikut aturan yang sesuai. Jika tayar anda sudah hampir botak, pergi ke kedai tayar dan tukar secepat mungkin. Tayar depan lebih penting kerana kawalan kereta bergantung padanya. Untuk memeriksa harga tayar, anda boleh tengok di laman web lelong.com.my atau pergi sahaja ke kedai tayar buat survey dulu dan baru tukar. Jangan sampai kena tipu terbeli tayar celup.

Setiap 5,000 km pergi ke workshop, tukar minyak enjin (jika gunakan minyak biasa), tukar penapis minyak (oil filter) setiap 2 kali tukar minyak enjin dan tukar spark plug setiap 3 kali menukar minyak enjin. Jika kereta model lama (contoh Kancil 660 sehingga 1996) yang menggunakan sistem contact point, suruh mekanik membersihkan contact point itu setiap 3 kali menukar minyak enjin dan tukar setiap 9 kali menukar minyak enjin.



Digalakkan setiap bulan anda hantar kereta anda ke kedai cuci kereta atau car wash. Ini penting bagi memastikan semua tempat dalam kereta anda bersih dan kereta anda lambat nampak buruk ditelan masa.
Sayangi kereta anda, jaga kereta anda...

No comments: